All Posts

Kenapa kita rasa mengantuk masa baca buku?

Haa korang mesti selalu rasa mengantuk time membaca kan? Mengantuk bila tengah membaca ni adalah satu fenomena yang selalu berlaku dalam masyarakat kita.

Kenapa kita rasa mengantuk? Meh saya bagitau korang apa sebab-sebab kita rasa mengantuk time membaca.

Mengikut kajian, mengantuk ketika membaca ni terjadi disebabkan oleh otak dan otot mata kita yang bekerja keras untuk tafsir setiap perkataan yang kita baca kepada meaningful words.

Jadi otak dan otot mata kita akan cepat penat dan dengan automatiknya otak akan bagi isyarat untuk rehat. Jadi, kita akan rasa mengantuk.

Selain itu, pakar juga ada mengatakan salah satu punca mengantuk adalah warna kontra antara tulisan bewarna hitam dan helaian kertas bewarna putih.

Antara sebab-sebab lain yang menjadi punca mengantuk adalah tak cukup tidur. Sudah menjadi kebiasaan kepada golongan orang muda untuk tidak mendapatkan tidur yang cukup. Hal ini kerana ada sesetengah dari mereka β€˜stay-up’ sampai tengah malam untuk mengulangkaji pelajaran, menonton drama, chit-chat dan sebagainya.

Kesan daripada perlakuan ini adalah, mereka tidak akan mendapat tidur yang cukup dan menyebabkan berlakunya kesukaran dalam proses pembelajaran dan mengganggu ingatan jangka pendek.

Mengikut kajian, golongan dewasa memerlukan tidur yang cukup iaitu selama 6-8 jam. Tidur yang berlebihan juga boleh menyebabkan seseorang itu rasa mengantuk.

Okay , sekarang kita dah tahu apa antara punca-punca mengantuk time membaca. Meh saya share beberapa tips untuk elakkan mengantuk ketika membaca.

Tips yang pertama adalah betulkan niat dan tujuan untuk membaca. Bunyi macam β€˜cliche’ kan? Tapi sebenarnya, niat dan tujuan kita untuk membaca juga boleh mempengaruhi proses membaca. Ada sesetengah orang rasa susah dan tak suka untuk amalkan membaca sebagai rutin harian. Mereka juga berfikir bahawa membaca adalah sesuatu perkara yang membebankan, membosankan dan tidak menarik. Jadi, untuk meningkatkan semangat untuk membaca, kita haruslah cari tujuan dan niat yang betul supaya kita akan kekal bersemangat dan tak hilang fokus (mengantuk) ketika membaca. Sebagai contoh, kita janganlah anggap membaca buku hanya untuk tujuan menduduki exam, tetapi ubahlah mindset kepada tujuan membaca adalah untuk mendapatkan ilmu dan agar ilmu itu dapat digunakan pada masa hadapan.

Tips seterusnya adalah pilih waktu yang sesuai untuk membaca. Antara waktu yang sesuai untuk membaca adalah pada waktu pagi. Tetapi, bergantung jugak kepada korang punya preferences. Ada yang suka membaca waktu pagi, petang atau malam. Jadi terpulanglah kepada korang untuk tentukan masa yang sesuai untuk membaca. Namun, kebanyakan orang bersetuju bahawa waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai untuk membaca. Baca di awal pagi lebih segar berbanding pada waktu tengahari. So, untuk memudahkan korang bangun pagi, korang kena tidur awal dan set alarm untuk bangun esok pagi.

Bila korang baca buku, korang mesti nak cari tempat dan posisi yang selesa contohnya seperti di atas sofa dan berbaring di atas katil. Haaa ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan korang cepat rasa mengantuk time membaca. Tilam merupakan tempat untuk korang tidur, jadi bila korang membaca sambil berbaring atas tilam, ia akan menyebabkan korang akan lagi cepat rasa mengantuk lagi-lagi pada waktu tengahari sampai ke petang.

Jadi tempat yang sesuai untuk membaca adalah di atas meja dan dalam posisi tegak dan jangan terlampau santai sebab nanti korang akan rasa mengantuk dan jadi malas. Korang jugak kena pastikan ada pencahayaan yang bagus di tempat korang membaca tu.

Pencahayaan yang bagus boleh elakkan ketegangan mata dan tingkatkan kualiti bacaan. Korang jugak boleh lebih nampak setiap perkataan tu dengan jelas. Elakkan baca di tempat yang gelap. Membaca di tempat gelap akan membuatkan mata korang lagi cepat penat dan akhirnya rasa mengantuk.

Next tips adalah korang kena elakkan makan makanan berat sebelum start membaca. Bila korang makan makanan yang berat, perut korang akan bekerja keras untuk mencerna makanan tersebut.

Proses pencernaan ni memerlukan banyak oksigen dan tenaga. Jadi, ia akan membuatkan korang cepat rasa mengantuk. Elakkan junk food dan minuman manis yang berlebihan.

Junk food dan minuman manis mengandungi tinggi karbohidrat dan gula di mana ia akan menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tinggi. Bila korang consume dalam amount yang banyak, insulin akan bekerja keras untuk mengolah gula dan memastikan kadar gula dalam darah kekal normal. Apabila kandungan gula dalam darah turun mendadak, korang akan cepat rasa penat dan mengantuk.

Saya juga nak sarankan korang start baca dari buku yang korang minat dulu. Kalau korang baca buku yang korang tak minat, ia akan membuatkan korang rasa mengantuk dan bosan bila baca.

Setiap perkataan dalam buku tu pun korang akan rasa malas nak baca. Contohnya, kalau korang minat genre seram , then korang baca buku yang bergenre seram dulu. Bila dah lama nanti, baru korang try tukar ke genre lain pulak.

Sebelum start membaca, korang jugak boleh tidur sekejap untuk hilangkan rasa penat. Saya pun pernah cuba teknik ni bila saya rasa mengantuk. Tidur sekejap sebelum zohor juga salah satu sunnah Rasulullah. Korang boleh la cuba amalkan ,In sya Allah boleh bantu korang untuk segarkan mata masa baca buku.

Tips seterusnya adalah pastikan ada gap rehat antara membaca. Kenapa perlu ada gap rehat antara membaca? Gap rehat ni boleh membantu korang untuk rehatkan mata dan otot korang. Time gap rehat ni korang bolehlah buat sedikit senaman ringan contohnya menggoyangkan tangan dan kaki.

Hal ini kerana , mengantuk juga disebabkan oleh kurangnya pergerakan tubuh badan. So, bila korang buat senaman ringan ni, korang boleh bantu untuk relakskan otot-otot korang dan membuatkan korang kembali segar dan fokus.

Korang jugak boleh bangun pergi ke tandas dan basuh muka untuk meningkatkan kesegaran sekaligus menghilangkan mengantuk. Kalau korang perasan masa waktu sekolah dulu, kalau kita mengantuk dalam kelas, cikgu-cikgu mesti akan suruh kita pergi ke tandas untuk basuh muka. Haa inilah sebab dia. Untuk bagi kita kembali segar dan fokus balik bila dalam kelas.

Tips yang terakhir adalah korang boleh sediakan sedikit makanan dan minuman ringan ketika membaca. Hal ini kerana perbuatan mengunyah itu sendiri boleh mengurangkan rasa mengantuk.

Korang boleh cuba sediakan minuman berunsurkan kafein seperti kopi atau teh. Untuk makanan pula, korang boleh sediakan biskut kering yang boleh dicicah dengan air. Jangan pula korang sediakan nasi lemak sebagai bahan makanan. Makanan berat boleh menyebabkan korang lagi rasa mengantuk.

Selain itu, air kosong juga terbukti lagi berkesan dari pengambilan kafein. Pengambilan air kosong yang mencukupi dapat menambah metabolisme badan dan memastikan korang sentiasa terhidrasi dan dapat mengelakkan daripada rasa letih dan mengantuk.

Setakat ini, itu sahaja tips yang saya nak kongsikan dengan korang. Saya harap apa yang saya kongsikan ni dapat memberi manfaat kepada korang. Kalau korang ada tips lain yang nak dikongsikan, jangan segan silu nak share okay.. Selamat beramal semua! Terima kasih kerana sudi membaca 😊

All Posts

Bersangka Baik Dengan Tuhan by Syira Lokman

Rating: 3 out of 5.

3 out of 5 stars! Okay, buku ni buku motivasi. Bukan novel tau. Non-fiction punya buku. First thing yang saya tengok buku ni, cover dia cantik sangat! Nampak minimalist jugak la. Agak lain dari yang lain. Buku ni nipis je. Saya habiskan baca dalam 2-3 jam.

Cantik tak korang? Saya suka tau warna biru. Tenang je…

Dalam buku ni, penulis banyak bagi teguran. Beliau bagi nasihat supaya sentiasa sangka baik dengan Allah SWT. Dalam apa jua situasi yang kita tengah ada sekarang, kita mesti bersangka baik. Mungkin yang berlaku tu ada hikmah-Nya.

APA YANG BEST BUKU NI?

  • Buku ni ada banyak Quotes. Comel je Quotes-nya.
  • Setiap perenggan yang saya baca nampak macam puisi.
  • Setiap akhir bab, mesti ada kata-kata hikmah dari penulis.
  • Setiap bab akan dipecahkan ikut situasi yang berlainan.

Saya akan tunjuk sikit bab-bab yang ada dalam buku ni. Ini bab yang paling saya suka. Ada 23 bab semuanya.

BAB YANG MENARIK

  1. Dusta Peminta Sedekah
  2. Aku Dikongkong
  3. Kenapa Aku Sakit?
  4. Itu Bukan Dia

Dusta Peminta Sedekah

  • Dalam bab ni, penulis beritahu kita perlu sedekah kepada mereka yang lebih memerlukan. Barang yang kita sayang atau yang kita hargai lebih baik untuk kita sedekah sebenarnya. Contoh, buku atau baju yang kita sayang. Sentimental items semua ni. Hehe. Kalau ikut tips Marie Kondo, kita kena recycle atau buang barang yang dah terlalu lama.
  • Bagi saya, bagus ada bab macam ni. Supaya kita sangka baik dekat peminta sedekah yang duduk dekat LRT atau tepi jalan tu. Maybe kita nampak dia macam kuat untuk cari rezeki. Tapi kita still tak tahu perkara sebenar tau. Eloklah kita sentiasa bersangka baik dekat diorang. 😊

Aku Dikongkong

  • Bab ni, cerita pasal parents yang suka kongkong anak. Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Penulis beri nasihat kepada remaja supaya sangka baik dengan parents. Ada sebab kenapa diorang larang kita keluar malam-malam.
  • Zaman sekarang ramai remaja yang pergi tempat yang bukan-bukan. Termasuklah kelab malam. Dah macam kedai mamak. So, bahaya. Jadi, anak-anak perlu sangka baik dengan ibu ayah. Mungkin parents kita tak nak benda tak baik jadi dekat kita. Ada hikmah yang terselindung. πŸ˜‡

Kenapa Aku Sakit

  • Dalam bab ni, penulis cadangkan kepada siapa yang sakit supaya usaha untuk cari ubat. Cari penyembuh. Sebelum kita bertawakkal kepada Allah. Berdoa, Usaha, Istiqamah, dan tawakkal saja. Betul apa yang penulis cakap.
  • Sebenarnya sihat yang Allah nak bagi tu dah ada. Cuma kita belum tawakkal 100% kepada Allah. Kita takut Allah tak makbulkan. Kita sepatutnya yakin. Jangan ragu-ragu. Allah Maha Kuasa. Ma sya Allah.
  • Sakit ni juga penghapus dosa. Bila dah sihat, Allah tak akan pulangkan dosa kita dah. Jika bertaubat dengan sepenuhnya, In sya Allah. Allah akan pulangkan semula semua kesihatan dan kecergasan kita.

Itu Bukan Dia

  • Bab terakhir yang saya suka ni, dia cerita pasal pandangan kita kepada orang sekeliling. Maybe kita nampak orang tu bijak, kaya, atau cantik. Tapi sebenarnya dia pun ada masalah sendiri. Kita tak tahu perkara yang sebenar.
  • Bila nampak orang yang ada lebih dari kita, jangan puji lebih-lebih. Takut nanti, kita termakan diri sendiri. Takut orang tu berubah pulak ke arah sisi yang jahat. Tak semestinya dia baik harini, esok dia baik lagi kan?
  • Jadi, berpada-pada bila puji orang..
Ini firman Allah SWT dalam bab Duka Anak Yatim

Itu sahaja empat bab yang saya paling suka. Hehe. Maybe sebab empat bab ni banyak yang saya boleh relate dengan hidup. Overall, semua bab pun okay. Best baca πŸ™‚

Actually buku ni dah merangkumi banyak aspek. Jodoh, kahwin, alam keluarga, kesihatan, semua la. Sebab tu kebanyakan bab kita boleh relate dengan hidup kita. In sya Allah. Korang boleh dapatkan buku ni dekat mana-mana kedai buku ya..

Atau korang nak beli online, cuba DM Instagram @bukumustread. OK BYE! πŸ₯°

All Posts

KUNCI by Ismi Fa Ismail

Rating: 5 out of 5.

Of course 5 STARS for Cik Ismi! I really love her books. Sebab Cik Ismi antara penulis yang boleh lari dari klise. Cerita seram Ismi tak pernah menghampakan. Semua penuh dengan debaran dan twist yang tak boleh nak jangka.

Novel kunci ni dah terbit lama sangat dah. Dari zaman saya Form 4 atau Form 5. Saya pun tak ingat dah. Tapi somewhere between 2015-2016. Masa tu saya penakut sikit nak baca. Tak tahu la kenapa. Baru sekarang ni je saya berani gila. Haha.

1. STORYLINE

Gaya cerita dalam Novel Kunci lebih kurang sama macam dalam Jangan Baca Novel Ni. Sebab ada cerita yang dipisah-pisahkan jugak. Ini buat saya nak baca sampai habis. Sebab setiap satu cerita yang berasingan tu ada kaitan dengan seterusnya.

Cik Ismi asingkan cerita ikut jenis kunci. Contoh, kunci rumah, kunci kereta, kunci kondo, banyak lagi la. Korang kena baca. Nanti jadi spoiler pulak. Best tau. Setiap jenis kunci tu akan ada dalam setiap cerita tu.

Permulaan dia memang best. Cik Ismi guna first-person view punya stail. Buat saya questioning siapa yang disebut ‘Aku’ ni? Tak silap saya ada tiga kali ‘Aku’. Ketiga-tiga ‘Aku’ ni ialah orang yang berlainan. Mula agak pening sikit.

Tapi lama-lama tu dah mula faham. Awal-awal ni cerita dia pendek je. Dalam dua tiga muka surat. Memang feel habis la. Ada satu part tu memang saya geli. Sebab terbayang macam mana karakter tu makan kucing. Eww πŸ˜–

Ending dia? Penuh dengan plot twist. Plot twist paling besar dirungkaikan di akhir cerita. Cik Ismi memang bijak manipulasikan pembaca supaya kita tak akan jangka benda tu yang akan berlaku. Memang pusing habis la.

2. WATAK-WATAK

Damien – Dia ni anak pungut. Dipungut oleh Loseifa, seorang dukun wanita. Damien jadi macam hamba abdi kepada dia bila dia besar. Memang kesian sangat. Damien mulut dia sumbing. Tapi ada orang minat dekat dia iaitu Dahlia.

Dahlia – Seorang gadis kolej yang tak suka lelaki hensem sangat. Bagi dia, cukup la lelaki tu baik budi pekerti. Dia jatuh cinta dengan Damien tapi banyak perkara yang menghalang dia. Masa ending tu, memang sedih gilaa. Korang akan kaitkan balik dengan prolog.

Nadiem – Seorang yang hensem, bijak, perfecto. Semua benda dia ada la. Badan sado semua tu la. Dia suka dekat Dahlia tapi Dahlia tak suka kat dia. Nadiem dalam Novel ni nampak sangat baik. Tapi karakter dia mula berubah dari semasa ke semasa.

Ada banyak lagi watak. Loseifa, Buntarto, Arina, dan Tariq. Diorang semua ni main peranan penting sangat dalam novel ni. Jangan abaikan diorang. Hihi. Yang paling saya suka, rasanya watak Damien dan Loseifa. Loseifa punya latar belakang menarik.

3. GAYA BAHASA

Penceritaan yang Cik Ismi guna banyak yang berubah dari novel pertama. Mungkin dari segi describe sesuatu. Semakin improve dan semakin senang saya nak bayangkan satu tempat tu. Dialog sangat sempoi. Sedap mata memandang.

Ada juga puisi dekat depan-depan. Memang akan buat kita rasa nyaman je bila baca. Dia akan melambatkan suasana cerita dalam novel. Supaya kita boleh slowkan sikit pembacaan dan cuba bertenang dulu.

Bagi saya, semua tentang gaya bahasa sangat okay. Takde cela. Takde apa-apa yang memeningkan. Semuanya menuju ke arah satu tempat. Korang takkan rasa confuse baca. In sya Allah. Walaupun watak dia ramai, cerita dia tak lah berat pun.

Okay, itu je. Kita sambung pulak dengan next review! 😊

All Posts

Cara beli buku yang bagus πŸ“š

Pernah tak, kita tersilap beli buku yang tak kena dengan minat kita, atau buku yang content dia tak bagus pun. Story pun tak berapa best, story yang biasa-biasa aje.

So, Arif nak share sikit guide sebelum beli buku dekat mana-mana kedai buku.

#1 GENRE

First sekali tengok dulu genre apa yang kita suka. Ada banyak genre seperti Science Fiction, Fantasy, Cinta, Thriller, Seram, dan banyak lagi.

Kalau korang suka Novel Cinta, boleh try tengok buku yang publish under Karya Seni atau Penulisan2u. Semua tu kebanyakannya novel Cinta.

Kalau suka Fantasi, boleh cuba Prolog Media, Magic Bean, atau KarnaDya.

#2 PENULIS

Buat research sikit tentang penulis yang kita suka. Contohnya, Ramlee Awang Murshid. Kita search la sikit dalam google. Tengok apa-apa buku beliau yang terkini. Atau korang boleh tengok dekat Instagram beliau. Beliau memang selalu update post.

Bila kita kaji pasal penulis yang kita suka, kita akan jumpa banyak info atau buku yang mungkin serupa dengan buku yang penulis tu. Jadi, boleh kembangkan lagi pembacaa kita.

#3 SINOPSIS

Baca sinopsis dekat belakang cover buku. Biasanya Arif akan baca dulu sinopsis belakang sebelum beli buku. Sinopsis la selalunya akan menentukan samada kita nak beli buku tu atau pun tak.

Tapi, kalau ikut pengalaman Arif. Jangan cepat judge based on sinopsis. Sebab kadang ada buku yang best bila baca. Hehe. Pernah jadi dekat Arif dulu. Sinopsis dia biasa aje. Tapi jalan cerita dia best gila.

Ini lah serba sedikit guide yang Arif boleh share sebelum kita beli buku. Supaya nanti tak lah membazir kan. Ekonomi sekarang pun makin menurun, jadi jom membeli buku dengan berhemah! 😊

All Posts

Asal-usul ‘Cliche’

Actually, perkataan ‘cliche’ ni dipinjam dari perkataan France. Dan juga perkataan ‘cliche’ ni sebenarnya berasal dari bunyi yang datang dari dabbed printing.

Ok, dabbed printing ni ialah alat macam cop menggunakan satu blok kayu yang dilekap di atas satu blok besi. Selalunya alat ni guna untuk seni atau arca.

Macam syiling duit kita tu kan, ada gambar raja atau sultan. Lebih kurang macam tu hasil dia selepas guna dabbed printing ni.

So, lepas dilekap tu, ada bunyi terhasil iaitu ‘cliche’ tu lah. Di situlah dia berasal. Unik kan. And orang ambik dari bunyi tu, sebab kerja dabbing ni dilakukan banyak kali.

Bila dilakukan banyak kali, sinonim lah dengan maksud cliche. Iaitu ayat atau frasa yang digunakan banyak kali, repeatedly.

Itu serba sedikit asal-usul cliche. Hehe ☺️

All Posts

Story yang Cliche πŸ“

Dekat sini, Arif bagitau beberapa jalan cerita yang agak cliche atau memang sangat cliche bagi sesetengah orang. Ini untuk novel tau. Bukan copywriting.

Sebenarnya jalan cerita yang ada elemen macam ni bukanlah terlalu cliche. Jika penulis bijak ubah jalan cerita cliche ini, letak twist dan sebagainya. In sya Allah cerita mereka akan jadi lebih baik.

Ok, contoh story yang cliche:

1️⃣ Cinta Tiga Segi. Semua faham kan apa maksud cinta triangle ni? Cinta tiga segi ni bilamana hero ni minat dekat seorang perempuan. Tapi, ada perempuan lain suka pulak dekat hero ni. Jadi lah cinta tiga segi.

Actually, dah terlalu banyak cerita macam ni dibuat. Selalu kita tengok dalam drama banyak kan. Diorang pun selalu adaptasi dari novel.

Cinta tiga segi ni tak lah dilarang untuk kita buat. Boleh je nak buat. Sesetangah pembaca sangat suka elemen konflik macam ni. Cuma seeloknya, kita tukar sikit jalan cerita yang ada elemen macam ni.

Contohnya, hero ni minat dekat seorang perempuan ni. Tapi perempuan ni terpaksa pergi belajar jauh dekat Russia sana. Diorang dah janji nak kahwin. Namun, dekat Russia pulak ada seorang perempuan minat jugak dekat dia. And hero ni terlupa janji dia dengan perempuan pertama.

Perempuan pertama tunggu punya tunggu. Hero ni tak balik-balik. Bila dapat tahu, hero tu rupanya dah kahwin dengan someone dekat Russia. Dia mengamuk dan nak bunuh diorang.

So, dekat sini dah agak psiko. Cuma boleh la lari sikit dari cliche kan.

2️⃣ Manusia terpilih. Faham tak kenapa manusia terpilih ni cliche? Contohnya macam Lord of The Ring, The Hobbit, Harry Potter.

Cerita macam ni agak cliche tapi kalau ubah sikit, In sya Allah akan lebih menarik. Contohnya, kita boleh jadikan watak utama tu manusia terpilih. Tapi rupanya dia terpilih untuk dijadikan tentera orang jahat. Dia tak sedar benda tu sampai lah ending cerita tu.

3️⃣ Kahwin Paksa. Ini memang cliche. Selalu kita baca novel, asyik terjumpa je kahwin kena paksa dengan parents, tok wan, atau pak sedara.

Cuba ubah sikit je. Mungkin dia kena paksa kahwin dengan seorang gangster ke? Sebab anak lelaki gangster tu suka gila dekat heroin tu. Kalau tak kahwin, kena bunuh or something like that. So, si Heroin terpaksa kahwin dalam keadaan tak rela.

Itu lah serba sedikit story yang ada elemen Cliche. So, sama-sama kita elakkan benda ni. Boleh ke boleh? 😊

All Posts

Apa itu Cliche? πŸ€”

Macam biasa kita dengar, cliche ni datang dari ayat cliche atau cerita cliche, kan. So, apa maksud sebenar cliche ni?

Secara ringkas, cliche ialah frasa atau perkataan yang korang selalu guna. Ayat yang banyak kali guna, sampai jadi basi. Orang baca pun boleh hilang mood.

Itu lah cliche.

Untuk penulis, cliche ni sangat tak bagus untuk kita. Sebab ayat cliche akan buat cerita atau penulisan kita dry, takde emosi, takde penekanan.

Bila dah jadi camni, pembaca akan mula rasa bosan, nak cabut lari, mengantuk. Itu la bahaya cliche ni.

Sebagai penulis, kalau ada peluang. Cuba praktis untuk buat ayat lari dari cliche. Cuba challenge diri anda untuk buat ayat yang rare, lain dari lain.

Actually otak kita sangat hebat. Amazing. Percayalah, kita boleh cipta satu benda baru. Cuba reimagine sesuatu. Fikir balik ayat tu supaya tak cliche.

Cliche ni luas lagi konteks dia sebenarnya. Nanti Arif share banyak lagi pasni. Hehe

All Posts

Tips Menulis

Salam korang. Terima kasih sudi baca post ni. Harini saya nak share sikit tips menulis yang saya cipta sendiri. Hehe. Based on pengalaman saya menulis.

1. Duduk dengan tenang. Jika fikiran kita kusut, rezeki susah masuk. Idea pun susah masuk. Macam ada something yang block fikiran kita. So, pastikan duduk dekat meja tulis kita tu dengan tenang.

2. Baca Doa Sebelum Belajar. Ala, yang doa kita selalu baca dekat sekolah tu. Mintak Allah buka dada kita. Lapangkan fikiran. Doa ni supaya apa yang kita buat tu berkat. Idea mencurah-curah masuk.

3. Straightforward. Bila kita tulis novel untuk remaja atau kanak-kanak. Make sure penulisan kita straightforward. Tidak terlalu berbunga-bunga. Macam novel FIXI, antara penulis terkenal ialah Nadia Khan dan Muhammad Fatrim. Novel diorang straightforward.

4. Cuba buat dua tiga cerpen. Bila kita mampu buat sebuah cerpen, maksudnya kita dah berjaya buat sebuah penulisan. Dengan kejayaan kecil ini, ia akan tolak kita, push kita unuk tulis novel pulak.

5. Cuba gambarkan apa yang kita nak tulis. Bila ada visual datang dalam kepala, ia lebih mudah nak tulis. Dia akan flow secara smooth je. Percayalah. Masa tengah makan, dalam tandas, dalam bas. Cuba gambarkan apa yang kita nak tulis.

Ok sekian saja tips dari saya!

Happy Writing 😊