All Posts

Kenapa kita rasa mengantuk masa baca buku?

Haa korang mesti selalu rasa mengantuk time membaca kan? Mengantuk bila tengah membaca ni adalah satu fenomena yang selalu berlaku dalam masyarakat kita.

Kenapa kita rasa mengantuk? Meh saya bagitau korang apa sebab-sebab kita rasa mengantuk time membaca.

Mengikut kajian, mengantuk ketika membaca ni terjadi disebabkan oleh otak dan otot mata kita yang bekerja keras untuk tafsir setiap perkataan yang kita baca kepada meaningful words.

Jadi otak dan otot mata kita akan cepat penat dan dengan automatiknya otak akan bagi isyarat untuk rehat. Jadi, kita akan rasa mengantuk.

Selain itu, pakar juga ada mengatakan salah satu punca mengantuk adalah warna kontra antara tulisan bewarna hitam dan helaian kertas bewarna putih.

Antara sebab-sebab lain yang menjadi punca mengantuk adalah tak cukup tidur. Sudah menjadi kebiasaan kepada golongan orang muda untuk tidak mendapatkan tidur yang cukup. Hal ini kerana ada sesetengah dari mereka ‘stay-up’ sampai tengah malam untuk mengulangkaji pelajaran, menonton drama, chit-chat dan sebagainya.

Kesan daripada perlakuan ini adalah, mereka tidak akan mendapat tidur yang cukup dan menyebabkan berlakunya kesukaran dalam proses pembelajaran dan mengganggu ingatan jangka pendek.

Mengikut kajian, golongan dewasa memerlukan tidur yang cukup iaitu selama 6-8 jam. Tidur yang berlebihan juga boleh menyebabkan seseorang itu rasa mengantuk.

Okay , sekarang kita dah tahu apa antara punca-punca mengantuk time membaca. Meh saya share beberapa tips untuk elakkan mengantuk ketika membaca.

Tips yang pertama adalah betulkan niat dan tujuan untuk membaca. Bunyi macam ‘cliche’ kan? Tapi sebenarnya, niat dan tujuan kita untuk membaca juga boleh mempengaruhi proses membaca. Ada sesetengah orang rasa susah dan tak suka untuk amalkan membaca sebagai rutin harian. Mereka juga berfikir bahawa membaca adalah sesuatu perkara yang membebankan, membosankan dan tidak menarik. Jadi, untuk meningkatkan semangat untuk membaca, kita haruslah cari tujuan dan niat yang betul supaya kita akan kekal bersemangat dan tak hilang fokus (mengantuk) ketika membaca. Sebagai contoh, kita janganlah anggap membaca buku hanya untuk tujuan menduduki exam, tetapi ubahlah mindset kepada tujuan membaca adalah untuk mendapatkan ilmu dan agar ilmu itu dapat digunakan pada masa hadapan.

Tips seterusnya adalah pilih waktu yang sesuai untuk membaca. Antara waktu yang sesuai untuk membaca adalah pada waktu pagi. Tetapi, bergantung jugak kepada korang punya preferences. Ada yang suka membaca waktu pagi, petang atau malam. Jadi terpulanglah kepada korang untuk tentukan masa yang sesuai untuk membaca. Namun, kebanyakan orang bersetuju bahawa waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai untuk membaca. Baca di awal pagi lebih segar berbanding pada waktu tengahari. So, untuk memudahkan korang bangun pagi, korang kena tidur awal dan set alarm untuk bangun esok pagi.

Bila korang baca buku, korang mesti nak cari tempat dan posisi yang selesa contohnya seperti di atas sofa dan berbaring di atas katil. Haaa ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan korang cepat rasa mengantuk time membaca. Tilam merupakan tempat untuk korang tidur, jadi bila korang membaca sambil berbaring atas tilam, ia akan menyebabkan korang akan lagi cepat rasa mengantuk lagi-lagi pada waktu tengahari sampai ke petang.

Jadi tempat yang sesuai untuk membaca adalah di atas meja dan dalam posisi tegak dan jangan terlampau santai sebab nanti korang akan rasa mengantuk dan jadi malas. Korang jugak kena pastikan ada pencahayaan yang bagus di tempat korang membaca tu.

Pencahayaan yang bagus boleh elakkan ketegangan mata dan tingkatkan kualiti bacaan. Korang jugak boleh lebih nampak setiap perkataan tu dengan jelas. Elakkan baca di tempat yang gelap. Membaca di tempat gelap akan membuatkan mata korang lagi cepat penat dan akhirnya rasa mengantuk.

Next tips adalah korang kena elakkan makan makanan berat sebelum start membaca. Bila korang makan makanan yang berat, perut korang akan bekerja keras untuk mencerna makanan tersebut.

Proses pencernaan ni memerlukan banyak oksigen dan tenaga. Jadi, ia akan membuatkan korang cepat rasa mengantuk. Elakkan junk food dan minuman manis yang berlebihan.

Junk food dan minuman manis mengandungi tinggi karbohidrat dan gula di mana ia akan menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tinggi. Bila korang consume dalam amount yang banyak, insulin akan bekerja keras untuk mengolah gula dan memastikan kadar gula dalam darah kekal normal. Apabila kandungan gula dalam darah turun mendadak, korang akan cepat rasa penat dan mengantuk.

Saya juga nak sarankan korang start baca dari buku yang korang minat dulu. Kalau korang baca buku yang korang tak minat, ia akan membuatkan korang rasa mengantuk dan bosan bila baca.

Setiap perkataan dalam buku tu pun korang akan rasa malas nak baca. Contohnya, kalau korang minat genre seram , then korang baca buku yang bergenre seram dulu. Bila dah lama nanti, baru korang try tukar ke genre lain pulak.

Sebelum start membaca, korang jugak boleh tidur sekejap untuk hilangkan rasa penat. Saya pun pernah cuba teknik ni bila saya rasa mengantuk. Tidur sekejap sebelum zohor juga salah satu sunnah Rasulullah. Korang boleh la cuba amalkan ,In sya Allah boleh bantu korang untuk segarkan mata masa baca buku.

Tips seterusnya adalah pastikan ada gap rehat antara membaca. Kenapa perlu ada gap rehat antara membaca? Gap rehat ni boleh membantu korang untuk rehatkan mata dan otot korang. Time gap rehat ni korang bolehlah buat sedikit senaman ringan contohnya menggoyangkan tangan dan kaki.

Hal ini kerana , mengantuk juga disebabkan oleh kurangnya pergerakan tubuh badan. So, bila korang buat senaman ringan ni, korang boleh bantu untuk relakskan otot-otot korang dan membuatkan korang kembali segar dan fokus.

Korang jugak boleh bangun pergi ke tandas dan basuh muka untuk meningkatkan kesegaran sekaligus menghilangkan mengantuk. Kalau korang perasan masa waktu sekolah dulu, kalau kita mengantuk dalam kelas, cikgu-cikgu mesti akan suruh kita pergi ke tandas untuk basuh muka. Haa inilah sebab dia. Untuk bagi kita kembali segar dan fokus balik bila dalam kelas.

Tips yang terakhir adalah korang boleh sediakan sedikit makanan dan minuman ringan ketika membaca. Hal ini kerana perbuatan mengunyah itu sendiri boleh mengurangkan rasa mengantuk.

Korang boleh cuba sediakan minuman berunsurkan kafein seperti kopi atau teh. Untuk makanan pula, korang boleh sediakan biskut kering yang boleh dicicah dengan air. Jangan pula korang sediakan nasi lemak sebagai bahan makanan. Makanan berat boleh menyebabkan korang lagi rasa mengantuk.

Selain itu, air kosong juga terbukti lagi berkesan dari pengambilan kafein. Pengambilan air kosong yang mencukupi dapat menambah metabolisme badan dan memastikan korang sentiasa terhidrasi dan dapat mengelakkan daripada rasa letih dan mengantuk.

Setakat ini, itu sahaja tips yang saya nak kongsikan dengan korang. Saya harap apa yang saya kongsikan ni dapat memberi manfaat kepada korang. Kalau korang ada tips lain yang nak dikongsikan, jangan segan silu nak share okay.. Selamat beramal semua! Terima kasih kerana sudi membaca 😊