All Posts

Bersangka Baik Dengan Tuhan by Syira Lokman

Rating: 3 out of 5.

3 out of 5 stars! Okay, buku ni buku motivasi. Bukan novel tau. Non-fiction punya buku. First thing yang saya tengok buku ni, cover dia cantik sangat! Nampak minimalist jugak la. Agak lain dari yang lain. Buku ni nipis je. Saya habiskan baca dalam 2-3 jam.

Cantik tak korang? Saya suka tau warna biru. Tenang je…

Dalam buku ni, penulis banyak bagi teguran. Beliau bagi nasihat supaya sentiasa sangka baik dengan Allah SWT. Dalam apa jua situasi yang kita tengah ada sekarang, kita mesti bersangka baik. Mungkin yang berlaku tu ada hikmah-Nya.

APA YANG BEST BUKU NI?

  • Buku ni ada banyak Quotes. Comel je Quotes-nya.
  • Setiap perenggan yang saya baca nampak macam puisi.
  • Setiap akhir bab, mesti ada kata-kata hikmah dari penulis.
  • Setiap bab akan dipecahkan ikut situasi yang berlainan.

Saya akan tunjuk sikit bab-bab yang ada dalam buku ni. Ini bab yang paling saya suka. Ada 23 bab semuanya.

BAB YANG MENARIK

  1. Dusta Peminta Sedekah
  2. Aku Dikongkong
  3. Kenapa Aku Sakit?
  4. Itu Bukan Dia

Dusta Peminta Sedekah

  • Dalam bab ni, penulis beritahu kita perlu sedekah kepada mereka yang lebih memerlukan. Barang yang kita sayang atau yang kita hargai lebih baik untuk kita sedekah sebenarnya. Contoh, buku atau baju yang kita sayang. Sentimental items semua ni. Hehe. Kalau ikut tips Marie Kondo, kita kena recycle atau buang barang yang dah terlalu lama.
  • Bagi saya, bagus ada bab macam ni. Supaya kita sangka baik dekat peminta sedekah yang duduk dekat LRT atau tepi jalan tu. Maybe kita nampak dia macam kuat untuk cari rezeki. Tapi kita still tak tahu perkara sebenar tau. Eloklah kita sentiasa bersangka baik dekat diorang. 😊

Aku Dikongkong

  • Bab ni, cerita pasal parents yang suka kongkong anak. Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Penulis beri nasihat kepada remaja supaya sangka baik dengan parents. Ada sebab kenapa diorang larang kita keluar malam-malam.
  • Zaman sekarang ramai remaja yang pergi tempat yang bukan-bukan. Termasuklah kelab malam. Dah macam kedai mamak. So, bahaya. Jadi, anak-anak perlu sangka baik dengan ibu ayah. Mungkin parents kita tak nak benda tak baik jadi dekat kita. Ada hikmah yang terselindung. 😇

Kenapa Aku Sakit

  • Dalam bab ni, penulis cadangkan kepada siapa yang sakit supaya usaha untuk cari ubat. Cari penyembuh. Sebelum kita bertawakkal kepada Allah. Berdoa, Usaha, Istiqamah, dan tawakkal saja. Betul apa yang penulis cakap.
  • Sebenarnya sihat yang Allah nak bagi tu dah ada. Cuma kita belum tawakkal 100% kepada Allah. Kita takut Allah tak makbulkan. Kita sepatutnya yakin. Jangan ragu-ragu. Allah Maha Kuasa. Ma sya Allah.
  • Sakit ni juga penghapus dosa. Bila dah sihat, Allah tak akan pulangkan dosa kita dah. Jika bertaubat dengan sepenuhnya, In sya Allah. Allah akan pulangkan semula semua kesihatan dan kecergasan kita.

Itu Bukan Dia

  • Bab terakhir yang saya suka ni, dia cerita pasal pandangan kita kepada orang sekeliling. Maybe kita nampak orang tu bijak, kaya, atau cantik. Tapi sebenarnya dia pun ada masalah sendiri. Kita tak tahu perkara yang sebenar.
  • Bila nampak orang yang ada lebih dari kita, jangan puji lebih-lebih. Takut nanti, kita termakan diri sendiri. Takut orang tu berubah pulak ke arah sisi yang jahat. Tak semestinya dia baik harini, esok dia baik lagi kan?
  • Jadi, berpada-pada bila puji orang..
Ini firman Allah SWT dalam bab Duka Anak Yatim

Itu sahaja empat bab yang saya paling suka. Hehe. Maybe sebab empat bab ni banyak yang saya boleh relate dengan hidup. Overall, semua bab pun okay. Best baca 🙂

Actually buku ni dah merangkumi banyak aspek. Jodoh, kahwin, alam keluarga, kesihatan, semua la. Sebab tu kebanyakan bab kita boleh relate dengan hidup kita. In sya Allah. Korang boleh dapatkan buku ni dekat mana-mana kedai buku ya..

Atau korang nak beli online, cuba DM Instagram @bukumustread. OK BYE! 🥰

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.