Novel Reviews

PSIKIK by Husna Rosli

Rating: 5 out of 5.

5 stars saya bagi. Sebab saya suka jalan cerita dia semua! Plot twist memang menjadi habislah. Saya habiskan dalam masa dua hari je. Novel ni nipis je. Lebih kurang 265 muka surat. I warn you. This novel is not a happy ending. Tapi tak tahu lah, bagi korang mungkin perception lain. Hehe.

Saya nak menangis je rasa bila ending tu. Dan memang terkejut gila lah. Pandai penulis sorokkan pasal watak sebelum tu. Saya pun tak sangka dia. Thumbs up Husna!

1. STORYLINE

Cerita ni genre dia macam Hunger Games tu. Dystopian I guess. Or post-apocalyptic. Maybe saya kena kaji lagi pasal genre buku ni. Suka bila ada pembahagian dalam pendidikan diorang dekat Institut Cahaya. Institut Cahaya ni macam central of everything la. Dekat situ lah diorang (perempuan je) belajar. Dekat situ jugak ada presiden yang memerintah Malaysia. Haa I think zaman dalam buku ni guna sistem republik. Takde sistem demokratik.

Dalam cerita ni, semua perempuan dianggap mulia dan suci. Takde salah langsung. Banyak discrimination yang berlaku terhadap kaum lelaki. Kaum lelaki ditindas. Dimasukkan ke dalam Institut Latihan. Macam military tu. Lelaki takde privilege langsung. Sedihhh.

Saya suka bila ada sistem Pembantu dan Pendamping ni. Nampak kelainan la dekat situ. Lelaki dalam cerita ni macam orang gaji. Diorang akan dipaksa menjadi buruh atau orang suruhan la. Semua lelaki kena akur dan memang takut kalau diorang ingkar arahan. Sebab on the spot akan kena bunuh.

Cerita ni last-last banyak jugak la gore scene. Ada satu part tu saya geli sangat sebab mungkin saya dah terlebih imagine. Saya suka part Elina ambik satu buku tu dari rak buku Aunty Wan. Saya memang tak expect pun buku tu ialah sebuah kitab yang kita selalu baca.. huhu. Good writing!

2. WATAK-WATAK

Elina – Watak dia bagi saya ada macam emosi yang kacau bilau. Tak tau nak cakap macam mana. Dia macam cuba cari sesuatu dalam hidup dia. Sesuatu yang lain dari lain. Dia tegas. But at the same time jugak dia senang lemah kalau berlaku something yang luar jangkaan.

Syafiq – Saya suka watak syafiq. Saya terbayangkan watak korea je dia ni. Haha. Memang romantic person la. Sangat protective bila dengan Elina. Saya ingat dia ni lemah. Tapi sebenarnya kuat kot. Saya harap sangat ada scene fighting Syafiq dengan geng jahat lagi. Hurmmmm ☹️

Banyak lagi watak-watak. Antaranya Zed, Fas, Fara, Aunty Wan, dan Presiden Karina. Presiden Karina ni macam Effie Trinket dalam cerita Hunger Games. But Karina is more than that. Sebab dia presiden kot. Dia lagi berkuasa.

3. GAYA BAHASA

Gaya bahasa sempoi. Takde sekat-sekat. Naratif cantik. Saya suka juga bila penulis describe tempat. Harap lepas ni boleh detail lagi supaya dapat lebih gambaran. Hehe. Dialog sangat lah okay. Saya hampir nak cringe bila Syafiq bercakap dengan Elina. Tapi saya tak cringe pun! Sebab Syafiq kan macam kena hormat dengan Elina.

So I feel that no need to be cringey while reading the dialogue. Everything about dialog saya suka. Watak Zed punya kedah pekat Baq Hang.. Haha. Saya dah terbiasa dengar orang cakap kedah ni. So faham la macam mana kan.

Okay, this is one of the scene dalam PSIKIK. Saya terbayangkan Kim Soo Hyun je dalam cerita ni. Hihi. Walaupun saya tak pernah lagi tengok drama dia. But I think he is a good candidate for Syafiq.

“Teruslah tersenyum, El. Bahagialah. Semua orang layak untuk bahagia.” – Syafiq

Okay, I think thats all. Pasal plotting so far okay je. Maybe masa awal-awal tu takde apa sangat. Tapi for me, memang laju la pergerakan cerita. I likeee. Nak dekat saat-saat akhir tu, baru nampak segala plot twist semua. Segala turun naik emosi semua ada kat situ. Harap korang sedia la tissue sebundle.

Congrats again Husna Rosli sebab berjaya tambat hati saya. Looking forward for new story in the future! 🤗

2 thoughts on “PSIKIK by Husna Rosli

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.