Novel Reviews

Terperangkap di Anteseden

Rating: 5 out of 5.

5 out of 5 stars! I love this novel very much. Jalan cerita sangat menarik. Suka gila dengan watak Jalilah yang sempoi dan selamba ni. Saya beli light novel ni dekat Kinokuniya haritu. Alang-alang tu, try la baca.


Memang best gila. Plot twist pun mind-blown. Memang tak disangka akan berlaku plot macam tu. Cuma ada certain plot saya boleh agak mungkin sebab saya dah banyak tengok cerita fantasy dan thriller.

Takpe, penulis boleh improve lagi in the future. By the way, saya suka sangat dengan location dia, iaitu kebanyakkannya dekat sekolah. Very refreshing and memorable. Teringat zaman sekolah dulu!

Zaman tudung senget. Zaman masuk baju dalam seluar. Hehe. Rindu zaman tu. Saya suka scene masa dekat Kantin, Syahin and the geng buat meeting. And tetiba.. ada something peculiar happen dengan poket Shakar.

Masa ni mind-blown jugak la. Sebab penulis pandai tutup dengan cakap Shakar tu ada poket macam poket Doraemon.

Lagi satu, watak Kamil. Comel la Kamil ni. Sebab saya ada kawan nama Kamil masa sekolah menengah dulu. Memang dia cumil chubby gitu. Saya terbayangkan dia je dalam novel ni. Hehe so cuteeee.

Ni saya tunjuk sikit scene dalam cerita ni. Ni watak Anime. Haruyuki dari Accel World by Reki Kawahara. Ala yang tulis Sword Art Online tu. Saya tak tengok cerita ni. Sebab nampak science fiction dia tu berat sangat. Susah otak ku nak terima.

“Tunggu, Ruey Hong. Kita balik jom. Aku rasa semacam.” – Kamil

Hahah. Comel kan watak Kamil? Actually banyak lagi watak dalam novel ni. Such as Ruey Hong (This is one of my favourite character. As describe by penulis, dia ni hensem. Minat dekat Jessica Jelvin.)

Lagi satu saya jugak minat watak Aqilah. Dia suruh panggil Q je. Masa ni rasa comel sangat. Watak dia mysterious. For me, bagusla ada watak macam ni sebab boleh mempelbagaikan emosi lagi untuk novel ni.

After a few scenes, watak Q ni jadi besar tau. Eh bukan dia yang membesar. Watak dia jadi macam fokus penulis la. Dia jadi macam tunggak cerita ni jugak la. Best best. Actually dia ada power tau. Nak tau power apa, korang kena la baca.

So, gaya bahasa sangat sempoi. Sesuai untuk remaja atau budak baca. Bukan bacaan matang pun. Cuma mungkin ada part yang gore tu. Tapi saya dah biasa dengan gory scene ni. Tak terkesan sangat.

Dialog sangat okayy. Macam budak remaja cakap la. Sangat bersahaja dan sempoi. Best masa Jalilah cakap. Jalilah ni funny tau. Asyik tergelak je bila dia cakap. Lagi-lagi dengan crush dia, Joe Ariffin. 🙊

Okay lah. Itu je kot. Suka la dengan diary Jessica Jelvin tu. Nampak kelainan la. Dekat sipnosis pun ada snippet diary dia. Seronok baca. Mula-mula ingat apa la kitab dia letak kat belakang ni. Huhu.

Tahniah Iqbal Rafiuddin. Waiting for more story in the future!

Join 13 other followers

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.