Novel Reviews

Hello, it’s me

Rating: 5 out of 5.

5 out of 5 stars!

Saya bagi 5 stars untuk novel ni. Sebab gila happening cerita ni. Suka sangat-sangat! Memang kelakar sampai susah nak nafas. Haha. By the way, cerita ni macam ada vibe Sophie Kinsella sikit. Sophie Kinsella kan suka guna first person punya view dalam story.

Apa yang watak tu fikir semua. Memang best dan kelakar la. Bagi saya, first person view ni nak buat dia susah sebab dia terhad.

Apa yang watak utama nampak dengan mata kasar dia saja, dia dapat terangkan. Beyond that, memang tak dapat. Penulis tak dapat ceritakan apa yang berlaku pada watak yang lain.

Tapi dalam novel ni, Anna Lee ada juga cerita pasal watak lain iaitu hero dia, Duta. Itu pun sikit je part Duta. Duta ni nampak je hensem, cool, nonchalant gitu. Tapi dia punya hati ada funfair weh!

Duta is the hero dalam cerita ni. Kulit hitam manis. Tau tak siapa yang saya terbayang masa penulis describe Duta?

Heiji Hattori dalam Detective Conan. Hahaha.

Itu je dapat ku proses dalam otak ni haa. Nak bayang watak lelaki korea, semua putih. Takde calon la pulak. Nah tengok ni. Sama tak?

Image result for heiji hattori
“Pos telefon I tu ASAP ya. Selagi you tak pos selagi tu I pegang phone ni.” – Duta

Hahaha, lelaki ni je saya terbayang dalam fikiran. Tapi Heiji pun boleh kata hensem. Walaupun watak Anime. Dulu saya suka cerita conan. Sampai sanggup tengok guna broadboand internet masa kecik dulu.

Conan ni tak pernah habis lagi cerita dia tau. Ongoing lagi. So, cerita ni masih lagi relevan lah. Hehe. Okay so, back to the review!

CERITA

For me, jalan cerita dia ringan. Tapi last-last tu macam complicated sikit sebab ada benda yang Duta buat yang saya kurang faham. Tapi still cerita dia ringan. Seronok baca actually. 😅

Penceritaan kemas. Takde meleret atau melalut pergi mana-mana. Memang fokus pada watak utama je. Yela, first person kan. Saya pun suka kalau part Tiya. Memang kelakar habis. Ni dah berapa kali sebut kelakar nih?

Iye, kelakar gila. Tak caye, korang try baca sendiri. Konpem terbahak-bahak keluar ayaq liuq. Pastu Si Tiya ni dia ada internal conflict dia sendiri, iaitu Anxiety. Social Anxiety if I’m not mistaken. Oh ya! Agoraphobia.

Takut kepada tempat yang ramai orang. Actually agak ramai yang ada ketakutan macam ni tau. Korang je tak tahu. Diorang ni jenis yang perap dalam rumah je. Takut nak pergi mall, airport, atau tempat yang ramai orang.

Memang boleh relate sangat lah. Sebab saya pun ada anxiety sikit. Tapi saya punya terbalik dengan Tiya. Which is saya suka dengan tempat orang ramai. Sebab kalau jadi apa-apa, orang boleh tolong. Hehe

Watak Duta dalam cerita ni memang charming habis lah. Gentle kot. Siapa dapat suami macam duta ni memang satu dalam seratus. Susah rasanya nak jumpa lelaki macam ni. Haha iye iye je aku ni. 😂

Oh lupa. Saya tak tahu nak imagine rupa Tiya ni macam siapa. Tapi rasanya you guys boleh tengok Yuna Rahim. Artis perempuan. Dia pernah berlakon dalam cerita Oh My English Level Up! Muka dia pun comel-comel gitu.

Move on to next aspect!

GAYA BAHASA

Gaya bahasa dia sangat la sempoi. Senang baca. Tak panjang macam karangan spm. Tak macam novel klise. Senang hadam. Senang paham. Dialog macam kita cakap hari-hari ni.

Pastu, bab dialog ni pun banyak yang kelakar jugak. Cara Tiya cakap tu memang funny la. Asyik nak tergelak jer. Tiya ni macam ego sikit. Tapi dalam masa sama dia mengalah jugak. Senang cair gitu.

Okey dah. Apa lagi ye nak sambung? Tak tahu dah. Kiranya semua okey lah. Dari depan cover sampai ke kulit belakang. Sinopsis pun dah mind-blown. Apatah lagi baca isi dia. Uishhh.. korang baca la sendiri.

Okey see you guys again in the next post! ☺️

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.