Cerpen

Sepucuk Surat Untuk Iman

Arisa cuba menahan air mata namun ia mengalir jua. Setitis air hangat mengalir dari kedua-dua kelopak matanya. Matanya kabur. Badannya mula terhinggut-hinggut. Kakinya dirasa tak mampu berjalan lagi.

Satu langkah dia ke hadapan, seperti sangat berat. Kadang dia rasa seperti hendak terjatuh. Namun digagahkan juga untuk terus ke hadapan. Sepasang tangan mengurut bahunya dari belakang.

“Arisa.. kau okay tak ni?”

Arisa memejam mata. Air matanya mengalir lagi. Ya Allah, perit betul rasanya hendak berjumpa dengan rakan lamanya dahulu. Walaupun rakannya itu sudah tiada. Dia rasa malu. Malu dengan apa yang dia telah buat dahulu kepada rakannya.

Sepasang tangan tadi menggosok-gosok belakang Arisa lalu memimpinnya ke hadapan. Mereka berdua melalui jalan yang bertanah merah. Sampai lah di hujung, ada sebuah pohon rendang memayungi sebuah kubur.

Mereka berdua berpaling ke kanan menghadap kubur tersebut. Arisa tiba-tiba meraung lalu terduduk melutut. Tudung longgar yang dipakainya jatuh ke belakang, menampakkan rambutnya yang perang.

“Iman..! Aku mintak ampun..!” Arisa memeluk batu nisan kubur. Dia mengusap-usap tanah yang masih merah lalu meramasnya. Dia geram. Geram dengan dirinya dahulu.

“Arghhhhhhhh!!” Air mata Arisa mengalir lagi tanpa henti. Hingusnya disedut beberapa kali.

“Sabar Arisa..” Rakannya mengusap belakang Arisa.

“Mira, ni bukan kubur Iman kan? Dia tak mati lagi kan?” Arisa berpaling memandang Amira.

Amira terdiam. Susah dia mahu meyakinkankan Arisa lagi. Semasa dia beritahu berita tentang kematian Iman pun, dia masih tidak percaya.

“Iman dah takde, Arisa..”

“Aku tak percaya! Dia hidup lagi!” Jerit Arisa. Beberapa orang yang lalu lalang di belakang mereka berhenti. Berbisik-bisik lalu pergi dari situ.

“Tak baik buat macam ni, Arisa. Tak tenang roh dia nanti.”

Arisa menangis lagi. Kali ini dia menjatuhkan kepalanya ke atas kubur Iman. Seperti bersujud. Dia berbisik. “Iman, jangan tinggalkan aku.. aku banyak buat salah dekat kau. Aku minta maaf, Iman..”

Amira tak tahu hendak berbuat apa lagi. Lalu dia biarkan saja Arisa begitu. Dia bangun dan berpaling ke belakang. Tak sanggup lagi melihat Arisa yang bagai hilang anak itu.

Selang beberapa minit, Arisa masih berbisik-bisik seorang diri. Dia seperti bercakap-cakap dengan Iman walaupun hakikatnya Iman sudah tiada. Sambil itu, dia mengusap tanah kubur Iman. Air matanya sudah berapa banyak yang meresap ke dalam tanah.

Satu tangan menggosok belakang badannya. Ia melurut naik ke bahu lalu ke bahagian tengkuk Arisa. Dengan lembut ia menepuk perlahan seperti mendodoikan anak.

“Kadang-kadang melepaskan seseorang itu baik buat kita. Supaya takde lagi yang boleh sakitkan diri kita. Aku minta maaf, Arisa..”

Mata Arisa terbeliak. Dia perlahan-lahan memandang ke belakang. Lalu menekup mulutnya. Dia geleng kepala. Terkejut melihat siapa di hadapannya sekarang.

Bersambung..

One thought on “Sepucuk Surat Untuk Iman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.