Kedai Buku

MPH Bookstore

Okay semua, harini Haziq nak cerita pulak pasal MPH bookstore. Siapa pernah pergi? Kedai buku MPH ni antara yang popular selepas kedai buku Popular tau. Haziq selalu pergi sini. Kebanyakannya banyak buku melayu, buku self-development, dan buku english.

Nama syarikat yang handle MPH Bookstore ni ialah MPH Group Printing Sdn. Bhd. MPH Group ni ialah syarikat yang dikenali sebagai syarikat cetakan, pengedaran. terbitan, dan servis perpustakaan di Malaysia dan Singapore. Diorang ada HQ dekat Petaling Jaya, Selangor.

Sejarah MPH Bookstore

  • Dijumpai pada tahun 1890 oleh Captain W.G Shellabear
  • MPH ialah akronim untuk Methodist Publishing House
  • Pernah banyak kali ditukar nama antara tahun 1920-1960

MPH Bookstore ni first dia ditubuhkan dengan nama Amelia Bishop Press dekat Singapore. Lepas tu pada tahun 1893, diorang tukar nama jadi American Mission Press. Pada tahun 1900, William T. Cherry kembangkan lagi aktiviti organisasi diorang kepada cetakan, penerbitan, dan pengedaran. William ni lah yang tukar nama kepada MPH Bookstore.

Ini MPH Bookstore dekat Alamanda, Putrajaya. Arif pernah rasanya datang sini.

Ownership untuk MPH Bookstore ni pun banyak kali ditukar. Mula-mula Indonesia yang ambil ownership diorang pada tahun 1966. Lepas tu, Hong Kong pulak ambil ownership tu pada tahun 1972. Akhir sekali, orang Singapore yang ambik, iaitu Simon Cheong pada tahun 1999.

Pada tahun 2000, sebuah syarikat di Malaysia ambil ownership tu. Iaitu Jalinan Inspirasi Sdn. Bhd. Masa ni first time syarikat MPH Bookstore ni jadi kepunyaan Malaysia secara menyeluruh.

Buat masa ni, MPH Bookstore ada 29 kedai buku dekat Malaysia. Sementara ada dua kedai buku dekat Singapore. Biasanya kedai buku MPH ni duduk dalam Shopping Mall macam Mid Valley, Melawati Mall, dan MyTown Cheras.

MPH pun ada kedai online tau. Cuba search MPH online, confirm jumpa punya. Hehe.

Okeh, itu sahaja untuk MPH Bookstore, bye bye!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.