Kedai Buku

Kinokuniya Bookstore πŸ“–

Siapa pernah pergi Kinokuniya? Mesti ramai kan. Cuma Kinokuniya ni ada dekat KL je. Jadi, korang yang duduk dekat Johor, Pahang, Kelantan ke, memang kena travel lah sampai ke KL untuk beli buku dekat Kinokuniya. Tapi Kinokuniya pun ada Online Shop.

Korang boleh layari laman web Kinokuniya. Pastu korang pilih je mana-mana buku yang korang nak. Letak dalam bakul, pastu checkout guna credit atau debit card. Senang je. Kena bayar postage sikit la. Haziq tak pernah lagi beli melalui online store diorang. Tapi dengar cerita diorang punya service okay. Siap balut cantik-cantik lagi. Cuba la nanti yea.

Sejarah Kinokuniya.

  • Dijumpai pada tahun 1927 di Jepun
  • First kedai diorang dekat Shinjuku, Tokyo
  • Kinokuniya bermaksud: “Bookstore of Kii Province”
  • Headquarters terletak di Meguro, Tokyo

Ini Kinokuniya Bookstore dekat Shinjuku, Tokyo yea. Cantik kan?

Korang tau tak sebenarnya Kinokuniya Bookstore ni asalnya ialah sebuah syarikat kayu balak dan arang? Haa mesti terkejut kan. Syarikat Kayu Balak ni terletak dekat Yotsuya, Jepun. Lepas tu, berlakunya gempa bumi paling kuat di daerah Kanto pada 1 September 1923.

Akhirnya, diorang pun terpaksa tukar tempat ke Shinjuku, Tokyo. Diorang tukar Syarikat tu kepada sebuah kedai buku. Mungkin sebab banyak barang mentah diorang musnah masa gempa bumi, jadi takde apa lagi yang tinggal dekat sana.

So, diorang pun ubah jadi sebuah Bookstore. Moichi Tanabe, bekas presiden Kinokuniya yang mula-mula buat Syarikat Kinokuniya ni. Pada tahun 1983, beliau meninggal dunia kerana cancer. Dalam bookstore ni, tingkat dua dia ada Art Gallery. Masa dulu la.

Malangnya, tahun 1945 berlakunya serangan dari udara. Masa tu kan ada perang dunia kedua. So, memang agak parah la masa tu. Tapi pada bulan December 1945, diorang bukak balik bookstore tu. Lepas beberapa tahun, diorang bukak banyak lagi bookstore Kinokuniya ni dekat sekitar Jepun.

Senarai Kedai Buku Kinokuniya.

Ada banyak tau kedai buku Kinokuniya ni. Dekat Jepun, Australia, Indonesia, Singapore, semua ada. Ada lebih 80 kedai buku Kinokuniya dekat serata dunia. First kedai buku yang dibuka dekat oversea ialah San Fransisco pada tahun 1969. Pastu, diorang mula bukak dekat US.

Then, barulah diorang buat joint venture dengan pasaran Asia Pacific. Means negara asia macam negara Malaysia, Indonesia, dan Singapura pada tahun 1983. Sejak tahun 2000, Kinokuniya ni mula famous dengan buku manga.

Ini Kinokuniya Bookstore dekat Sogo Pondok Indah Mall, Jakarta.

Ini Kinokuniya Siam Paragon, Bangkok.

Ini Kinokuniya dekat Kuala Lumpur, Suria KLCC. Haziq selalu datang sini tau beli buku rujukan untuk University. Okay, itu je untuk Kinokuniya Bookstore!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.