Uncategorized

Kelebihan Membaca Buku ๐Ÿ“š

Hai semua! Setelah sekian lama arif tak share apa-apa kan, jadi hari ini arif nak share tentang kelebihan membaca. Tak kisahlah membaca apa-apa sekali pon, asalkan bermanfaat. Dari baca buku sampailah baca bahan di internet.

1. Sebenarnya kan kawan-kawan, membaca ni banyak kelebihan dan manfaatnya, tanpa kita sedar apabila kita banyak membaca, semestinya diri kita akan jadi lebih bermotivasi dan bersemangat. Sebab apa arif cakap macam ni? Sebab arif pon mengalami benda ni, arif ambil contoh yang dekat dengan aktiviti harian kita ye.Okay, bila kita baca buku mengenai masakan, jadi โ€˜moodโ€™ kita hari ini akan berfokuskan kepada nak memasak betul tak? Ia bergantung kepada genre bahan bacaan yang kita pilih. Jadi bila kita membaca buku motivasi, kita akan lebih terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara yang positif dan bermanfaat dengan lebih semangat. Manusia kan memang bergantung kepada mood seharian dia, hihihi.

2. Selain itu, bila kita banyak membaca, secara automatiknya kita boleh berkomunikasi dan bertutur dengan lebih baik. Okay arif bagi contoh, kalau kita banyak membaca tentang politik, dan tiba-tiba balik kampung cuti raya kena bergaul dengan pakcik-pakcik kita yang dah berumur, tambahan pula mereka ni suka sangat cakap pasal politik (bercakap ye bukan bergaduh hihi). Jadi tanpa segan silu, kita pon boleh masuk sekali dan boleh bercakap dengan matang dan berilmu. Haaa, Nampak tak kat situ? Samalah jugak dengan benda-benda lain pon. Supaya kita lebih mudah dan yakin nak bergaul dengan manusia-manusia lain di sekeliling kita ni.

3. Membaca jugak boleh mengurangkan rasa bosan dan tekanan kita. Bila kita penat bekerja, atau dah tak ada aktiviti yang nak dibuat, maka membacalah solusi terakhir. Di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan, boleh jugaklah kita kurangkan rasa bosan ni. Kalau untuk kurangkan bosan dan tekanan, janganlah pulak pergi baca buku-buku yang membosankan, pergilah baca komik ke atau bahan bacaan yang melucukan seperti Lawak Kampus dan lain-lain yang berkenaan. Membaca ni jugak akan jadi lagi โ€˜funโ€™ tau kalau kena pada masa dan โ€˜moodโ€™ kita.

4. Seperti yang Arif bagitahu tadi, membaca ni memang ada banyak cara. Kalau kita tengok, zaman sekarang ni dah tak susah untuk tahu perkembangan maklumat masa kini, contohnya tentang negara kita atau negara-negara luar. Sebab dunia kita sekarang ni dah berteknologi tinggi dan zaman IT lah bak kata orang. Jadi, lebih mudah kalau kita nak baca apa-apa berkenaan โ€˜updateโ€™ yang terkini sebab berita dan surat khabar pon dah dikemaskini secara atas talian sekarang. Kalau tak ada masa nak pergi beli surat khabar kat kedai runcit sebelah rumah tu, boleh saja baca di laman sesawang yang โ€˜officialโ€™. Mudah kan nak membaca?

Kesimpulannya, sangat banyak sebenarnya kelebihan dan kebaikan daripada hasil bacaan kita. Membaca tak semestinya perlu formal malah boleh dalam keadaan santai saja. Okay, Arif harap kita boleh sama-sama amalkan sikap suka membaca yaa. Terima kasih semua!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.