Kedai Buku

MPH Bookstore

Okay semua, harini Haziq nak cerita pulak pasal MPH bookstore. Siapa pernah pergi? Kedai buku MPH ni antara yang popular selepas kedai buku Popular tau. Haziq selalu pergi sini. Kebanyakannya banyak buku melayu, buku self-development, dan buku english.

Nama syarikat yang handle MPH Bookstore ni ialah MPH Group Printing Sdn. Bhd. MPH Group ni ialah syarikat yang dikenali sebagai syarikat cetakan, pengedaran. terbitan, dan servis perpustakaan di Malaysia dan Singapore. Diorang ada HQ dekat Petaling Jaya, Selangor.

Sejarah MPH Bookstore

  • Dijumpai pada tahun 1890 oleh Captain W.G Shellabear
  • MPH ialah akronim untuk Methodist Publishing House
  • Pernah banyak kali ditukar nama antara tahun 1920-1960

MPH Bookstore ni first dia ditubuhkan dengan nama Amelia Bishop Press dekat Singapore. Lepas tu pada tahun 1893, diorang tukar nama jadi American Mission Press. Pada tahun 1900, William T. Cherry kembangkan lagi aktiviti organisasi diorang kepada cetakan, penerbitan, dan pengedaran. William ni lah yang tukar nama kepada MPH Bookstore.

Ini MPH Bookstore dekat Alamanda, Putrajaya. Arif pernah rasanya datang sini.

Ownership untuk MPH Bookstore ni pun banyak kali ditukar. Mula-mula Indonesia yang ambil ownership diorang pada tahun 1966. Lepas tu, Hong Kong pulak ambil ownership tu pada tahun 1972. Akhir sekali, orang Singapore yang ambik, iaitu Simon Cheong pada tahun 1999.

Pada tahun 2000, sebuah syarikat di Malaysia ambil ownership tu. Iaitu Jalinan Inspirasi Sdn. Bhd. Masa ni first time syarikat MPH Bookstore ni jadi kepunyaan Malaysia secara menyeluruh.

Buat masa ni, MPH Bookstore ada 29 kedai buku dekat Malaysia. Sementara ada dua kedai buku dekat Singapore. Biasanya kedai buku MPH ni duduk dalam Shopping Mall macam Mid Valley, Melawati Mall, dan MyTown Cheras.

MPH pun ada kedai online tau. Cuba search MPH online, confirm jumpa punya. Hehe.

Okeh, itu sahaja untuk MPH Bookstore, bye bye!

Kedai Buku

Kinokuniya Bookstore 📖

Siapa pernah pergi Kinokuniya? Mesti ramai kan. Cuma Kinokuniya ni ada dekat KL je. Jadi, korang yang duduk dekat Johor, Pahang, Kelantan ke, memang kena travel lah sampai ke KL untuk beli buku dekat Kinokuniya. Tapi Kinokuniya pun ada Online Shop.

Korang boleh layari laman web Kinokuniya. Pastu korang pilih je mana-mana buku yang korang nak. Letak dalam bakul, pastu checkout guna credit atau debit card. Senang je. Kena bayar postage sikit la. Haziq tak pernah lagi beli melalui online store diorang. Tapi dengar cerita diorang punya service okay. Siap balut cantik-cantik lagi. Cuba la nanti yea.

Sejarah Kinokuniya.

  • Dijumpai pada tahun 1927 di Jepun
  • First kedai diorang dekat Shinjuku, Tokyo
  • Kinokuniya bermaksud: “Bookstore of Kii Province”
  • Headquarters terletak di Meguro, Tokyo

Ini Kinokuniya Bookstore dekat Shinjuku, Tokyo yea. Cantik kan?

Korang tau tak sebenarnya Kinokuniya Bookstore ni asalnya ialah sebuah syarikat kayu balak dan arang? Haa mesti terkejut kan. Syarikat Kayu Balak ni terletak dekat Yotsuya, Jepun. Lepas tu, berlakunya gempa bumi paling kuat di daerah Kanto pada 1 September 1923.

Akhirnya, diorang pun terpaksa tukar tempat ke Shinjuku, Tokyo. Diorang tukar Syarikat tu kepada sebuah kedai buku. Mungkin sebab banyak barang mentah diorang musnah masa gempa bumi, jadi takde apa lagi yang tinggal dekat sana.

So, diorang pun ubah jadi sebuah Bookstore. Moichi Tanabe, bekas presiden Kinokuniya yang mula-mula buat Syarikat Kinokuniya ni. Pada tahun 1983, beliau meninggal dunia kerana cancer. Dalam bookstore ni, tingkat dua dia ada Art Gallery. Masa dulu la.

Malangnya, tahun 1945 berlakunya serangan dari udara. Masa tu kan ada perang dunia kedua. So, memang agak parah la masa tu. Tapi pada bulan December 1945, diorang bukak balik bookstore tu. Lepas beberapa tahun, diorang bukak banyak lagi bookstore Kinokuniya ni dekat sekitar Jepun.

Senarai Kedai Buku Kinokuniya.

Ada banyak tau kedai buku Kinokuniya ni. Dekat Jepun, Australia, Indonesia, Singapore, semua ada. Ada lebih 80 kedai buku Kinokuniya dekat serata dunia. First kedai buku yang dibuka dekat oversea ialah San Fransisco pada tahun 1969. Pastu, diorang mula bukak dekat US.

Then, barulah diorang buat joint venture dengan pasaran Asia Pacific. Means negara asia macam negara Malaysia, Indonesia, dan Singapura pada tahun 1983. Sejak tahun 2000, Kinokuniya ni mula famous dengan buku manga.

Ini Kinokuniya Bookstore dekat Sogo Pondok Indah Mall, Jakarta.

Ini Kinokuniya Siam Paragon, Bangkok.

Ini Kinokuniya dekat Kuala Lumpur, Suria KLCC. Haziq selalu datang sini tau beli buku rujukan untuk University. Okay, itu je untuk Kinokuniya Bookstore!

Uncategorized

Kelebihan Membaca Buku 📚

Hai semua! Setelah sekian lama arif tak share apa-apa kan, jadi hari ini arif nak share tentang kelebihan membaca. Tak kisahlah membaca apa-apa sekali pon, asalkan bermanfaat. Dari baca buku sampailah baca bahan di internet.

1. Sebenarnya kan kawan-kawan, membaca ni banyak kelebihan dan manfaatnya, tanpa kita sedar apabila kita banyak membaca, semestinya diri kita akan jadi lebih bermotivasi dan bersemangat. Sebab apa arif cakap macam ni? Sebab arif pon mengalami benda ni, arif ambil contoh yang dekat dengan aktiviti harian kita ye.Okay, bila kita baca buku mengenai masakan, jadi ‘mood’ kita hari ini akan berfokuskan kepada nak memasak betul tak? Ia bergantung kepada genre bahan bacaan yang kita pilih. Jadi bila kita membaca buku motivasi, kita akan lebih terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara yang positif dan bermanfaat dengan lebih semangat. Manusia kan memang bergantung kepada mood seharian dia, hihihi.

2. Selain itu, bila kita banyak membaca, secara automatiknya kita boleh berkomunikasi dan bertutur dengan lebih baik. Okay arif bagi contoh, kalau kita banyak membaca tentang politik, dan tiba-tiba balik kampung cuti raya kena bergaul dengan pakcik-pakcik kita yang dah berumur, tambahan pula mereka ni suka sangat cakap pasal politik (bercakap ye bukan bergaduh hihi). Jadi tanpa segan silu, kita pon boleh masuk sekali dan boleh bercakap dengan matang dan berilmu. Haaa, Nampak tak kat situ? Samalah jugak dengan benda-benda lain pon. Supaya kita lebih mudah dan yakin nak bergaul dengan manusia-manusia lain di sekeliling kita ni.

3. Membaca jugak boleh mengurangkan rasa bosan dan tekanan kita. Bila kita penat bekerja, atau dah tak ada aktiviti yang nak dibuat, maka membacalah solusi terakhir. Di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan, boleh jugaklah kita kurangkan rasa bosan ni. Kalau untuk kurangkan bosan dan tekanan, janganlah pulak pergi baca buku-buku yang membosankan, pergilah baca komik ke atau bahan bacaan yang melucukan seperti Lawak Kampus dan lain-lain yang berkenaan. Membaca ni jugak akan jadi lagi ‘fun’ tau kalau kena pada masa dan ‘mood’ kita.

4. Seperti yang Arif bagitahu tadi, membaca ni memang ada banyak cara. Kalau kita tengok, zaman sekarang ni dah tak susah untuk tahu perkembangan maklumat masa kini, contohnya tentang negara kita atau negara-negara luar. Sebab dunia kita sekarang ni dah berteknologi tinggi dan zaman IT lah bak kata orang. Jadi, lebih mudah kalau kita nak baca apa-apa berkenaan ‘update’ yang terkini sebab berita dan surat khabar pon dah dikemaskini secara atas talian sekarang. Kalau tak ada masa nak pergi beli surat khabar kat kedai runcit sebelah rumah tu, boleh saja baca di laman sesawang yang ‘official’. Mudah kan nak membaca?

Kesimpulannya, sangat banyak sebenarnya kelebihan dan kebaikan daripada hasil bacaan kita. Membaca tak semestinya perlu formal malah boleh dalam keadaan santai saja. Okay, Arif harap kita boleh sama-sama amalkan sikap suka membaca yaa. Terima kasih semua!